|Team|

January 22, 2008

Dunia Pesona Team

Dunia Pesona merupakan sebuah syarikat perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan fotografi serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, syarikat ini dikenali dengan nama Seri Mempelai telah melakukan proses penjenaman semula dan menggunakan nama Pesona Senifoto.

Pesona Senifoto kemudiannya telah berkembang maju dan meluaskan empayar apabila secara rasmi menjadi pembekal perkhidmatan rasmi bagi Butik Pengantin Anjung Amie. Berbekalkan minat yang mendalam terhadap fotografi, kami menjanjikan yang terbaik buat pelanggan.

Kini Pesona Senifoto menjalani proses penjenamaan sekali lagi dalam usaha memperluaskan skop syarikat yang akan menceburi bukan sahaja perkhidmatan fotografi semata-mata. Oleh yang demikian, Pesona Senifoto kini dikenali sebagai “Dunia Pesona”. Sejajar dengan nama yang melambangkan global, kini Dunia Pesona bersedia memberikan perkhidmatan di peringkat global.

Berbekalkan 3 tunggak utama iaitu Hafiz, Nurfishah dan Mat Noor, kini Dunia Pesona juga dilengkapi dengan jurugambar tambahan daripada pelbagai pihak di dalam usaha kami untuk memenuhi permintaan pelanggan. Di antara jurugambar tambahan yang kini berkhidmat bersama Dunia Pesona adalah Along Mikagami, Saupix Ahmad dan Zamerul serta yang terbaru kini menyaksikan penambahan pereka sambilan adalah Nazer.

Harapan kami agar anda semua menerima yang terbaik dan sentiasa di hati.

Gambar pengukir senyuman.