Posts Tagged ‘canon’

Nur At The Chosen One II

It’s Me

June 30, 2009

_mg_0908-copyShot By SC – Edit By PS

Photo Group

* Klik Pada Gambar Untuk Imej Yang Lebih Jelas

Alhamdulillah … Phototalk berkenaan Photojournalism yang di sampaikan oleh saudara Zainal Abdul Halim telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada 08 November 2008 bertempat di Hotel Naza , Tanjung Tokong, Pulau Pinang .Jutaan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara Zainal yang sudi menjadikan rancangan ini satu kenyataan kepada semua para pencinta fotografi utara semenanjung Malaysia .Ucapan terima kasih peribadi saya khas buat saudara Azizan Romantis Studio yang menjadi tulang belakang projek, Silmi dan juga para peserta yang sudi menghadiri majlis ini . Ternyata yuran yang dikenakan adalah lebih dari berbaloi berbanding ilmu yang anda terima pada majlis tersebut .

Entry kali ini saya ceritakan serba sedikit berkenaan majlis tersebut .

Saudara Zainal tiba di Pulau Pinang pada 07 November 2008 bersama-sama saudara Saiful Rizal dan kehadiran mereka di meriahkan dengan mini TT di Subaidah Tanjung Tokong sehingga sekitar jam 01.00 pagi .

Keesokan harinya majlis yang bermula agak lewat terus menjadi perhatian dengan limpahan slide gambar daripada zaudara Zainal yang berjaya memukau para peserta . Saudara zainal banyak menceritakan pengalaman beliau sebagai salah seorang jurugambar bagi REUTERS dan juga tips-tips yang berguna sebagai seorang jurugambar . Beliau juga menerangkan tentang Art Of Seeing yang mana menjadi nadi utama seorang jurugambar dalam menghasilkan impak di dalam foto mereka .Limpahan slide gambar beliau sewaktu bertugas di Afghanistan, Saudi Arabia dan pelbagai pelusuk dunia serta foto-foto sukan beliau sememangnya mendapat perhatian semua peserta .

Zainal Abdul Halim 

Saudara zainal juga sudi bekongsi dengan para peserta mengenai tools yang digunakan oleh beliau semasa bertugas . Antara tools yang menjadi perhatian peserta adalah lensa Canon 300mm F2.8 dan juga kamera DSLR beliau . Para pesera rata-rata tidak melepaskan peluang untuk mencuba peralatan ini , termasuklah penganjur . Hahahahaha .

REUTERS'S Lense 

 Hopefully program seperti ini akan terus mendapat sambutan , dan semoga kita akan terus maju ke depan .  Sememangnya ilmu sebegini tak mudah dicapai dengan sekadar membaca manual operasi . Sememangnya pengalaman dan tunjuk ajar mereka yang lebih dahulu di dalam arena ini adalah sangat dihargai oleh semua . Sekali lagi , ucapan ribuan terima kasih buat saudara Zainal Abdul Halim (REUTERS) . 

 ” Anda mahukan REUTERS , kami bawakan REUTERS sebenar untuk anda “ 

Hafiz Pesona

www.pesonasenifoto.com 

Romantis

April 21, 2008

Nurfishah

Jumaat – Dengan berat hati , saya telah menjual lensa kegemaran saya , 70-200L , F2.8 IS USM dan juga 17-40L , F4 USM kepada sorang kenalan saya . Kerosakan kepada system Canon saya menyebabkan kos untuk repair body tersebut  mencecah ribuan ringgit . Agak membebankan kalau nak menyara dua system . Ada yang cakap ibarat menyara dua isteri . Hahahaha …

 Jalan yang termudah ialah kekal dengan satu system . Memandangkan gear Nikon saya lebih banyak daripada Canon , so saya mengambil keputusan untuk menarik diri dari golongan white side (pengakuan paling jujur .. hahaha ) .

Sepupu saya yang koma minggu lepas telah selamat kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas juga . Beliau meniggalkan seorang balu yang sedang hamil anak ketiga dan 2 orang cahaya mata . Semoga mereka dapat menerima takdir ini dengan redha .

* Gambar sekadar hiasan ……

 Hafiz
www.pesonasenifoto.com

Break Time !

Bila sebut tentang “Branding” di dalam dunia fotografi , akan muncul 2 nama yang selalu menjadi perdebatan , “NIKON & CANON” . Luckily saya berpeluang menggunakan kedua-dua branding dan baru-baru nie sempat membuat sesi ‘tesdrive’ semasa Kejohanan Olahraga Tahunan USM .  Honestly saya amat baru dengan gear dari CANON , so agak kekok nak menggunakannya , ( selebihnya saya memang tak pandai ambil gambar kot . hehehe ) .

Test drive kali nie saya memilih untuk melanyak lensa Canon 70-200mm, F2.8L IS USM dan melihat kemampuan lensa ini . Memang tak di nafikan bila sebut ‘wishlist’ bagi seseorang jurugambar, ternyanya majoriti akan meletakkan lensa 70-200mm,F2.8 di dalam senarai mereka tak kira dari apa jenis pengeluar sekalipun . Memandangkan harga lensa yang agak ‘mahal’ pada saya , mungkin penyebab kenapa masih ramai yang hanya pasang angan-angan memilikinya . Saya hanya mampu untuk mendapatkan lensa terpakai dan bernasib baik mendapat harga yang agak murah .::smile::

Bukaan aparture yang besar dan constant memang kelebihan lensa ini yang memberikan efek ‘bokeh’ yang amat jelas . Sesuai untuk mereka yang mengidamkan gambar yang mempunyai clean background . Pertolongan daripada Image Stabilizer (IS) amat membantu dalam low shutter speed pada focal lenght 200mm .

 Banyak lagi yang nak di pelajari dari gear Canon ini , tapi apakan daya , shutter body camera saya ‘jammed’ di tempat kejadian . Almaklumlah , ‘janda’ . So now hanya mampu menunggu masa untuk repair . Ntah bila pon tak pasti lagi , yang pasti lensa ni memang rawkkk ! Untuk gambar dari kejohanan TOT , sila ke www.lensautara.com atau klik pada banner di bawah

 Hafiz
www.pesonasenifoto.com

Lensa Utara

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.